05:49
Imsak
05:59
Subuh
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Piagam Pelanggan JAWI Putrajaya

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai sebuah Jabatan  yang memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menguruskan perkhidmatan hal ehwal Islam seperti berikut :
  1. Mengurus dan menyiapkan proses pengislaman saudara baru dalam tempoh tiga (3) jam
  2. Menguruskan  pendaftaran dan pengeluaran kad akuan Islam untuk saudara baru  di Putrajaya dalam masa satu (1) jam
  3. Meluluskan kebenaran berkahwin dalam tempoh  dua hari bekerja
  4. Mengeluarkan sijil perakuan nikah dalam tempoh tiga (3) hari setelah diterima daripada Penolong Pendaftar Nikah
  5. Mengeluarkan  kad perakuan nikah dalam tempoh  satu (1) bulan  dari tarikh permohonan
  6. Memberikan perkhidmatan rundingcara dalam tempoh tiga (3) minggu  dari tarikh aduan  didaftarkan dan  dalam tempoh satu minggu bagi kes  susulan
  7. Menguruskan pendaftaran surau  dalam tempoh  satu (1) hari tertakluk kepada  dokumen yang lengkap.
  8. Bertindak terhadap maklumat mengenai kesalahan jenayah syariah  selewat-lewatnya 2 jam daripada aduan diterima
  9. Menyelesaikan siasatan  kes dalam tempoh  14 hari bekerja  setelah menerima arahan siasatan
  10. Memastikan Kes Boleh Tangkap  didaftarkan  dalam tempoh tujuh (7) hari  sebelum tarikh jaminan Penguatkuasa Agama ( PPA) luput. Bagi Kes  Tidak Boleh Tangkap didaftarkan  dalam tempoh  14 hari selepas kertas siasatan diterima.

Cetak   Emel