Imsak
5.39
|
 Subuh
5.49
|
 Syuruk
7.10
|
Zohor
1.22
|
Asar
4.46
|
Maghrib
7.30
|
Isyak
8.45

 

PERUTUSAN 

 PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

as

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.
Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi jabatan ini.
Dalam merentasi perkembangan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, JAWI selaku agensi agama peringkat Wilayah Persekutuan turut mengorak langkah memanfaatkan laman sesawang ini sebagai saluran interaktif dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Selain memaparkan maklumat-maklumat berkaitan JAWI, laman sesawang ini juga turut diintegrasikan dengan beberapa komponen media sosial rasmi jabatan ini seperti Facebook : (https://www.facebook.com/JAWIWP/),  Instagram : (https://www.instagram.com/jawi_kl/), Twitter : (https://twitter.com/myJAWIKL), Youtube : (https://www.youtube.com/user/myJAWIKL/) dan Flickr : (https://www.flickr.com/photos/myjawikl).
Diharapkan agar maklumat yang dipaparkan dapat memberi gambaran sebenar kepada masyarakat mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab serta usaha–usaha JAWI dalam memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan laman sesawang ini dan saya secara peribadi amat mengalu-alukan sebarang pandangan serta cadangan bagi menambahbaik laman sesawang ini. 

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan



Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com