Imsak
5.41
|
 Subuh
5.51
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.13
|
Asar
4.36
|
Maghrib
7.09
|
Isyak
8.24

PIAGAM PELANGGAN

 

 

Piagam Pelanggan Bahagian
 

 

Bahagian                                                                                Piagam Pelanggan
Bahagian Pengurusan Dakwah                                      
  • Pengeluaran Kad Akuan Masuk Islam Dalam 15 Minit

  • Pengurusan Dakwah                                       

  • Mengesan Status Berdaftar Saudara Muslim Di Wilayah  Perkhidmatan   Dalam Masa  5 Minit

  • Mengeluarkan Statistik Pengislaman Dalam Tempoh 5 Minit

  • Urusan Pengislaman dan Pendaftaran Pengislaman Dilakukan Dalam Tempoh  1 Jam 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga 
                                                                                 
 

 

  • Komitmen kami ialah untuk  memberi perkhidmatan yang cekap,cepat dan mesra dalam proses nikah, cerai dan ruju’ serta perkhidmatan rundingcara keluarga dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
  • “Kebenaran Berkahwin akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh 1 jam selepas permohonan  dikemukakan”.
  • Surat Perakuan Nikah akan dikeluarkan selepas 7 hari bekerja dari tarikh akad nikah”
  • Surat Perakuan Cerai dan Ruju’ akan dikeluarkan selepas 5 hari bekerja selepas didaftarkan”
  • Khidmat Nasihat Kekeluargaan akan diberikan dalam tempoh 1 jam selepas permohonan didaftarkan”
  • Rundingcara Kekeluargaan akan diberikan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dikemukakan”
  •  “Sijil Kursus Praperkahwinan Islam akan dikeluarkan kepada syarikat pengendali kursus dalam tempoh 3 hari  selepas  permohonan diterima”
  • Pengesahan Mahram akan dibuat dalam tempoh 1 jam selepas permohonan dikemukakan”

 

Bahagian Penguatkuasaan
  • Bersedia menerima aduan kesalahan jenayah syariah 24 jam sehari

  • Membuat risikan ke atas aduan yang munasabah dalam masa 24 jam 

  • Menjalankan operasi ke atas kesalahan boleh tangkap dalam masa 24 jam selepas menerima aduan.

  • Menjalankan siasatan bagi kesalahan jenayah syariah dalam tempoh yang munasabah

 
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kami akan memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, perhubungan awam , teknologi maklumat dan perolehan yang lebih dinamik dan kompeten bagi memastikan operasi JAWI berjalan dengan lancar:
  • Surat-surat hantar tangan yang diterima sebelum jam 9.00 pagi akan dihantar sebelum jam 12.45 tengahari, bagi surat-surat yang dihantar  selepas jam 9.00 pagi akan dihantar pada jam 2.00 petang;

  • Pengesahan tempahan kenderaan oleh pegawai/kakitangan Jabatan diberi dalam tempoh satu (1) hari sebelum perjalanan dibuat;

  • Dewan/Bilik Mesyuarat diselenggara dan sedia untuk digunakan sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum acara/mesyuarat dibuat;

  • Bekalan pejabat yang dipohon dari stor jabatan dikeluarkan serta-merta selepas permohonan lengkap diterima;

  • Menyediakan Pesanan Tempatan dalam masa tujuh (7) hari  selepas permohonan lengkap diterima;

  • Pembekalan secara pembelian terus diuruskan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima;

  • Menguruskan pengesahan pelantikan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima;

  • Menguruskan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh  satu (1) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima;

  • Setiap aduan awam terhadap JAWI dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja;

  • Sistem aplikasi dapat beroperasi sekurang-kurangnya 95% setahun;

  • Bertindak dalam masa dua (2) jam bagi setiap aduan pelanggan yang diterima melalui talian Helpdesk ICT;

  • Pelayan aplikasi (application server) yang ditempatkan di Pusat Data JAWI dapat dicapai sekurang-kurangnya 95% setahun dan memastikan keselamatan Pusat Data sentiasa terjamin sepanjang masa.

  • Semua Perolehan Pembelian Terus hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya 3 minggu selepas tarikh sebut harga dipelawa;

  • Semua Perolehan Sebut Harga hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tawaran dibuka;

  • Semua Perolehan Tender hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya 6 bulan selepas tawaran dibuka.




 







 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com