Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.56
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.18
|
Maghrib
7.00
|
Isyak
8.10

Sekadar Renungan 3

alt
alt
 Sumber Asal :
Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
       Artikel ringkas ini sekadar renungan bersama dan semoga kita dapat mengambil manafaat serta memberikan informasi semasa kepada kita sebagai manusia yang sentiasa alpa.

Apabila kita bersuci daripada hadas kecil dan besar kita wajib menggunakan air mutlak yang melebihi 2 kolah. Ukuran Kolah adalah seperti berikut ;

1.   Isi kandungan air bersamaan dengan 230 liter @ 13 tin minyak tanah dan ada pendapat menyatakan 10-15 tin atau 270 liter.  
       2 kolah = 195,113kg.
                       500 kati Baghdad
                       446 3/7 kati Mesir
                       81 kati Syam (1 kati Syam = 2 1/2 kg)

2.   Saiz kolah hendaklah ;
      a)  Kolah Bulat
           Luas    : 1'6" @ 45cm
           Dalam :  3'9" @ 115cm
     b)  3 segi
           Luas   : 2'3" @ 69cm
           Dalam : 3'9" @ 92.5cm
    c)   Segiempat tepat
          Luas    : 1'10.5" @ 56.25cm
          Dalam  : 1'10.5" @ 56.25cm
 

Maklumat lanjut : sila rujuk m/s 106 jilid 1, Fiqh dan Perundangan Islam (terjemahan al-Fiqh Wa Adilatuhu)
           
      Artikal ringkas ini sekadar renungan bersama dan semoga kita dapat mengambil manafaat serta memberikan peringatan kepada kita sebagai manusia yang sentiasa alpa.

Tazkirah 1

Di sini ingin dikongsikan beberapa ilmu mengenai kelebihan membaca Al Quran. Allah S.W.T yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain. Di bawah ini adalah merupakan beberapa potongan hadith yang berkaitan dengan kelebihan membaca Al Quran:

Daripada Ibnu Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

   Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif, Laam, Mim satu huruf tetapi, Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadith antaranya yang diriwayatkan daripa Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

   Sesiapa yang membaca Al Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan orang yang lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardhu tidak termasuk dalam golongan yang lalai,  dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam akan dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al Quran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barangsiapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.
                                                                                                 
 
<< 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  16  17  18  19  20  21  22 >>  Muat Turun

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com