05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian - Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

 

PENGENALAN

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah (PUS) merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bahagian ini terdiri daripada 3 cawangan iaitu:

 

Pentadbiran dan Kewangan:

  • Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan kewangan bahagian

 

Perkahwinan, Perceraian dan Ruju':

  • Bertanggungjawab terhadap semua urusan pernikahan, perceraian dan ruju' Orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

 

Rundingcara dan Pembangunan keluarga Islam:

  • Bertanggungjawab terhadap aduan dan penyelesaian masalah rumahtangga sebelum tuntutan ke Mahkamah Syariah manakala Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan

 

Bidang Kuasa Bahagian ini terikat sepenuhnya di bawah;

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303)

 

FUNGSI :- 
  • Menguruskan urusan pernikahan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Menerima aduan masalah rumahtangga dan menguruskan rundingcara keluarga.
  • Menjalankan aktiviti pengukuhan institusi kekeluargaan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI).
  • Menyediakan khidmat nasihat kekeluargaan dan kemasyarakatan di Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dan Anjung Khidmat Keluarga (AKUAJA) yang merangkumi masalah perkahwinan, masalah sosial yang berkaitan remaja dan bimbingan dan nasihat agama.
  •  

PIAGAM PELANGGAN 

Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra dalam proses nikah, cerai dan ruju’ serta perkhidmatan rundingcara dan pembangunan keluarga dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut:

  • Kebenaran berkahwin akan dikeluarkan pada hari sama permohonan diterima.
  • Surat Perakuan Nikah akan dikeluarkan selepas 14 hari bekerja daripada tarikh akad nikah.
  • Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan pada hari yang sama permohonan diterima.
  • Surat Perakuan Cerai dan Ruju’ akan dikeluarkan selepas 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan pendaftaran diterima.
  • Khidmat Nasihat Kekeluargaan (tanpa temujanji) akan diberikan dalam tempoh 1 jam selepas permohonan didaftarkan.
  • Rundingcara Kekeluargaan (temujanji) akan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.