Imsak
5.34
|
 Subuh
5.44
|
 Syuruk
7.07
|
Zohor
1.19
|
Asar
4.45
|
Maghrib
7.28
|
Isyak
8.44

Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam

Pengenalan  Cawangan Penyelarasan dan kebajikan Islam
 
Cawangan Penyelarasan dan kebajikan Islam diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah  dan  cawangan ini terbahagi kepada dua (2) unit :-
 
  1.  Unit Penyelarasan  Dan Keurusetiaan
       II.    Unit  Kebajikan Islam
 
Fungsi  Unit Penyelarasan & Keurusetiaan

Unit  ini bertanggungjawab :
  • Mengurus, mengendali dan menyelaras urusan pentadbiran am bahagian dalam merekod cuti pegawai & kakitangan, penyediaan peruntukan , laporan aktiviti, latihan  dan  kebajikan kakitangan bahagian.
  • Menguruskan majlis-majlis bagi sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Menguruskan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
  • Menguruskan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
  • Menyediakan Perkhidmatan Kereta Jenazah

 Fungsi Unit Kebajikan Islam

Bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah, Unit ini melaksanakan khidmat kebajikan kepada pesakit di Hospital Kuala Lumpur dan Pengurusan Jenazah di semua hospital Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).  Tugas-tugas yang dilaksanakan ialah seperti  berikut :-
 
  1. Mengurus jenazah Islam yang tidak berwaris/tidak diketahui identitinya/tidak dituntut/saudara Muslim dan jenazah yang berisiko tinggi seperti penghidap HIV/AIDS, Tibi dan lain-lain.

      b.    Mengurus jenazah Islam atas permintaan waris.

  1. Mengadakan lawatan dan khidmat pesakit seperti ;-
  •    Membaca surah Yaasin, mengajar dua kalimah syahadah bagi pesakit nazak,
  •    Mengajar para waris cara menghadapi pesakit nazak,
  •    Memberi tunjuk ajar cara berwuduk, tayammum dan solat  pesakit.
  •    Memberi khidmat nasihat / kaunseling serta menawarkan bantuan kepada pesakit dhaif dan keluarga pesakit yang terdampar dalam  bentuk wang tambang, barangan keperluan seperti lampin pakai buang, cawan, pinggang mangkuk, tuala, susu, biskut dan lain-lain.
  •    Memberi khidmat mengazan dan mengiqamatkan bayi baru lahir, tahnik serta menerangkan cara menyambut kelahiran yang dianjurkan Islam.
  •    Mengadakan program sempena Hari Kebesaran Islam di hospital-hospital dengan mengadakan lawatan dan program kerohanian pesakit.
  •    Mengedar risalah kerohanian.

      d.    Kursus Pengurusan Jenazah, 

  1. Mengurus Tanah Perkuburan Islam Jalan Lebuhraya KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Kiara.


 Proses Kerja

CARTA  ALIRAN   KERJA
PERKHIDMATAN KERETA JENAZAH
 



Terima  Permohonan 
Maklum  kepada pegawai untuk  kelulusan  kenderaan   
Maklum kepada  pemandu dan lantik  pengiring  (jika  perjalanan  jauh)  
Serahkan  Borang  Permohonan  kepada pemandu   
Hubungi  Pemohon/Waris
Serahkan kunci dan Kad Minyak  kepada  pemandu
Pastikan  kenderaan  dalam  keadaan  baik  sebelum  memulakan perjalanan  
Dapatkan salinan  Permit  Pengkebumian  dan serahkan  Borang   Penyewaan Kenderaan     
Jelas tatacara penyewaan kenderaan dan kadar bayaran  yang dikenakan     
Dapat duit bayaran  tol pergi dan balik   
Ambil  Jenazah daripada  lokasi yang dipohon   
Pandu kenderaan  ke destinasi yang dipohon dengan  hati-hati dan selamat    
Pastikan kilometre dan  maklumkan  jumlah bayaran  yang dikenakan    
Terima bayaran  dan sahkan  penerimaan  bayaran     
Balik ke pejabat.     
  
 cuci kenderaan
Catit  perjalanan  kenderaan  pada Buku Log   
Terima  Bayaran  sewaan  daripada  pemandu  
Serahkan  bayaran  kepada Unit Kewangan    
Serahkan  kunci  dan Kad  Inden  Minyak 
Tandatangan Buku Log 
Semak Buku Log    
Sahkan  perjalanan  kenderaan pad  Buku Log     
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com