Imsak
5.33
|
 Subuh
5.43
|
 Syuruk
7.06
|
Zohor
1.19
|
Asar
4.45
|
Maghrib
7.28
|
Isyak
8.44

Bahagian - Pelajaran

PENGENALAN

Bahagian Pelajaran bertanggungjawab memantau dan memastikan perjalanan pengurusan Pendidikan Islam berjalan lancar dan memenuhi kehendak masyarakat Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan; *PHEI Gred S52 dan dibantu oleh seorang Ketua Penolong Pengarah; PHEI Gred S48. Turut dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Kanan **PPPS DG44 dan 8 orang Penolong Pengarah; 4 orang PHEI S41, 4 orang PPPS DG41. Bahagian ini juga mempunyai seramai 974 orang Kakitangan Kumpulan Sokongan 1 dan 2; termasuk 879 orang ***PPPLD Gred DGA32 dan DGA29

*Pegawai Hal Ehwal Islam
**Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(jawatan kader Kementerian Pelajaran Malaysia)
***Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

FUNGSI

Mentadbir dan mengurus hal ehwal pendidikan Islam di Sekolah Rendah Agama / Sekolah Rendah Agama Islam (SRA / SRAI), Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan Sekolah Menengah Agama-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) di Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

*Bermula Januari 2009, pengurusan Tadika Islam telah diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Menyedia dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Islam secara formal yang lengkap dari aspek kurikulum dan keperluan fizikal secara menyeluruh sama ada di peringkat rendah dan menengah:

  1. 90% pelajar SRA khatam al-Qur'an dalam tempoh enam (6) tahun
  2. Pelajar diberi persediaan secukupnya untuk membolehkan mereka menduduki ujian UPSRA* dalam tempoh enam (6) tahun bagi murid SRA, menduduki UPKK** dalam tempoh lima (5) tahun bagi murid KAFA dan menduduki PMR, SMA dan SPM bagi pelajar SMA-MAIWP

*Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA)
**Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
PMR - Penilaian Menengah Rendah (Tingkatan 3)
SMA - Sijil Menengah Agama (Tingkatan 4 bagi kelas aliran Azhari)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (Tingkatan 5)

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com