Imsak
5.33
|
 Subuh
5.43
|
 Syuruk
7.06
|
Zohor
1.19
|
Asar
4.45
|
Maghrib
7.28
|
Isyak
8.44

Bahagian - Khidmat Pengurusan

PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan dalam membantu pencapaian visi dan objektif di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


FUNGSI

  • Menguruskan Hal-Hal Pentadbiran
  • Menguruskan Sumber Kewangan
  • Menguruskan Pembangunan Sumber Manusia
  • Menyediakan, Menerbitkan Majalah Risalah Jabatan
  • Menguruskan Perolehan Jabatan


Bahagian Khidmat Pengurusan atau dikenali sebagai BKP adalah terdiri daripada 5 cawangan, iaitu:-

  • Cawangan Pentadbiran
  • Cawangan Sumber Manusia
  • Cawangan Kewangan
  • Cawangan Teknologi Maklumat
  • Cawangan Perhubungan Awam dan Penerbitan

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, perhubungan awam dan teknologi maklumat yang lebih dinamik dan kompeten bagi memastikan operasi JAWI berjalan dengan lancar:

  • Surat-surat hantar tangan yang diterima sebelum jam 9.00 pagi akan dihantar sebelum jam 12.45 tengahari, bagi surat-surat yang dihantar  selepas jam 9.00 pagi akan dihantar pada jam 2.00 petang;

  • Pengesahan tempahan kenderaan oleh pegawai/kakitangan Jabatan diberi dalam tempoh satu (1) hari sebelum perjalanan dibuat;

  • Dewan/Bilik Mesyuarat diselenggara dan sedia untuk digunakan sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum acara/mesyuarat dibuat;

  • Bekalan pejabat yang dipohon dari stor jabatan dikeluarkan dalam masa dua (2) jam selepas permohonan diterima;

  • Memastikan jadual Pegawai Bertugas Keselamatan dan Pegawai Pengawas Kad Perakam Waktu (KPW) diedarkan kepada pegawai terlibat sebelum 15 haribulan setiap bulan;

  • Menyediakan Pesanan Tempatan dalam masa tujuh (7) hari  selepas permohonan lengkap diterima;

  • Pembekalan secara pembelian terus diuruskan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima;

  • Menguruskan pengesahan pelantikan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima;

  • Menguruskan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh  satu (1) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima;

  • Setiap aduan awam terhadap JAWI dijawab dalam tempoh satu (1) hari bekerja;

  • Sistem aplikasi dapat beroperasi sekurang-kurangnya 95% setahun;

  • Bertindak dalam masa dua (2) jam bagi setiap aduan pelanggan yang diterima melalui talian Helpdesk ICT;

  • Pelayan aplikasi (application server) yang ditempatkan di Pusat Data JAWI dapat dicapai sekurang-kurangnya 95% setahun dan memastikan keselamatan Pusat Data sentiasa terjamin sepanjang masa. 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com