Polis Trafik 'Celik' Cara Urus Jenazah

 
hslee

10 Oktober 2018 | 01 Safar 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam dengan kerjasama Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee, Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 10 Oktober 2018 (Selasa) bertempat di Surau Balai Polis Trafik Tun H.S.Lee. Seramai 50 orang anggota trafik dari balai tersebut telah berjaya mengikuti kursus yang diadakan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Kursus telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi teori dan praktikal dengan sesi ceramah dikendalikan oleh Ustaz Marngi bin Wasim dan sesi praktikal dikendalikan oleh fasilitator dari Unit Kebajikan Islam, Ustazah Marriyani bt. Mohamad, Ustazah Ruzeeta bt. Saad dan Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi.

Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar para anggota trafik dapat menimba sebanyak mungkin ilmu pengurusan jenazah sekaligus menjadikan mereka komuniti yang 'celik' dan tahu selok belok pengurusan jenazah serta dapat dipraktikkan dalam tugasan seharian sebagai anggota trafik. Semoga hubungan kerjasama di antara JAWI dan anggota trafik dari Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee ini dapat berterusan dan ditambah baik. Insya-Allah.

hslee1 hslee2
 hslee3  hslee4
   

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com