Imsak
5.41
|
 Subuh
5.51
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.13
|
Asar
4.36
|
Maghrib
7.09
|
Isyak
8.24

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA SIRI 2/2018 DISAMBUT MERIAH

PQA21 

7 Oktober 2018M / 27 Muharram 1440H (Ahad) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur melalui Biro Pendidikan dan Kelas-Kelas Pengajian telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Siri 2/2018 bersempena Program Qiraah Al-Quran (PQA), MJTAAS.

Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan untuk meraikan peserta-peserta Program Qiraah Al-Quran yang disertai oleh hampir 400 peserta. Melalui program ini para peserta perlu menyelesaikan bacaan Al-Quran satu juzuk seminggu dan akan mengkhatamkan 30 juzuk dalam masa 30 minggu. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan daripada Jemaah yang kini telah mencapai 13 kumpulan dengan 30 orang peserta setiap kumpulan.

Majlis pada hari ini diadakan bagi meraikan 7 kumpulan peserta yang telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran. Majlis dihadiri oleh Y.Bhg. Ustaz Muhammad Zulhakimi Mohammad Daner, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD), Pusat Zon 6, JAWI yang hadir memberikan ucapan bagi pihak JAWI dan seterusnya merasmikan majlis. Majlis khatam pada kali ini dipimpin oleh Y.Bhg. Syeikh Mohammed Abdo Othman Al-Muntaseer dari SMA Ulul Albab Melaka dan beliau bersama isteri, Ustazah Nurul Hidayah turut menyampaikan ceramah.

Turut hadir adalah Y.Bhg. Ustaz Muhammad Mukhlis Mohd Yunus sebagai pembimbing dan pencetus idea Program Qiraah Al-Quran MJTAAS. Lebih lebih 300 peserta serta jemaah setempat menghadiri majlis ini. Pihak masjid mendoakan semoga para peserta dan kita semua sentiasa istiqamah dalam pembacaan Al-Quran.

PQA213 PQA214
PQA215 PQA216

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS),

Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com