MAHABBAH PENGARAH JAWI BERSAMA AJK MASJID DAN SURAU-SURAU JUMAAT ZON 6 DAN PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN

KEWANGANN1

8 Oktober 2018 / 28 Muharram 1440 (Isnin) – Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Mahabbah Pengarah JAWI bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau-surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Peringkat Zon 6 dan Perasmian Penutup Bengkel Pengurusan Kewangan. Majlis ini secara khususnya disertai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari masjid dan surau-surau serta semua pegawai-pegawai di bawah Pusat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

Bengkel Pengurusan Kewangan bermula seawal jam 9.00 pagi dikendalikan oleh pegawai auditor luar MAIWP yang membentangkan berkaitan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau Wilayah dan Tatacara Kewangan Kewangan Masjid dan Surau Di Wilayah Pesekutuan. Seterusnya Tuan Pengarah JAWI turut menyampaikan amanat dalam ucapan perasmiannya mengingatkan bahawa perlunya wujud keselarasan dan kebersamaan di pihak JAWI dan masjid serta surau-surau Jumaat dalam menganjurkan sebarang program. Masjid juga perlu dijadikan sebagai institusi 'onestopcentre' untuk kemaslahatan umat Islam dan mampu menjadi tarikan kepada masyarakat bukan Islam.

Majlis berakhir dengan jamuan dan pertemuan Mahabbah antara Pengarah JAWI dengan semua Pengerusi-Pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid dan surau-surau Jumaat dalam Zon 6, JAWI. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Tuan Hj. Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tn. Haji Zainal Abidin bin Haji Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, Ustaz Irwan Aswandy Ashaari, Pen. Pengarah Kanan merangkap Penyelaras Pusat Pentadbiran Pusat Zon 6 yang baharu dan mantan Penyelaras Pusat Zon 6, Ustaz Hazman Che Mohamed serta pegawai-pegawai dari zon yang lain. 

 

KAWANGANN2 KEWANGANN3
KEWANGANN4 KEWANGANN5

 

 

Disediakan oleh :

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com