Imsak
5.41
|
 Subuh
5.51
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.13
|
Asar
4.36
|
Maghrib
7.09
|
Isyak
8.24

 

Jaulah Dakwah JAWI Berjaya 'Semai Kasih' di Kg. Limau Purut, Rantau Panjang

 
jaulah7

29 September 2018 | 19 Muharam 1440H – Program Jaulah Dakwah Mahabbah : ‘Komuniti Disantuni, Kasih Disemai’ telah dianjurkan pada 29 September 2018 (Sabtu) bertempat di Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah, Kg. Limau Purut, Rantau Panjang, Kelantan. Program dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan, Kuala Lumpur yang juga merangkap keluarga angkat kepada Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah ini telah turut sama melibatkan penduduk Kg. Limau Purut dan penduduk-penduduk dari kampung-kampung berdekatan.

Pelbagai acara telah dijalankan bermula jam 8 pagi lagi antaranya lawatan tapak projek tanaman lada dan terung serta projek ternakan itik spesis Maskobi yg diusahakan sepenuhnya oleh Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah. Turut diadakan ialah acara pertandingan memancing dan pertandingan perarakan selain pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas, Kelantan serta majlis penyerahan sumbangan kepada penduduk-penduduk kampung serta tidak ketinggalan kepada Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah. Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Abdul Fatah bin Yusof mewakili Pengarah JAWI diiringi Tuan Hj. Mohd Shah bin Hasim, Pengerusi. Masjid Ar Rahimah, Kg. Pandan, Kuala Lumpur.

 

jaulah1 jaulah2
 jaulah3  jaulah4
 jaulah5 jaulah6 

 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com