H2H3 01

 

20 September 2018 / 10 Muharram 1440H (Khamis) – Badan Kebajikan Guru KAFA Putrajaya (BKGKP) telah menganjurkan Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana UPKK, UPSRA dan UPSR 2018 Zon Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Jumlah keseluruhan kehadiran program adalah seramai 1929 orang calon termasuk guru dan ibubapa yang melibatkan 20 buah KAFA dan 3 buah SRA seluruh Putrajaya.

Imam jemputan bagi Solat Hajat dan Bacaan Yaasin ialah Ustaz Muhd Redza bin Ahmad daripada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya dan Penyelia KAFA Putrajaya turut hadir ke program ini. Tujuan Solat Hajat dan Bacaan Yaasin ini dianjurkan untuk mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah S.W.T untuk menghadapi peperiksaan, memupuk rasa cinta kepada ibadah dan meningkatkan lagi ilmu dalam menjalankan solat hajat dan bacaan Yaasin secara berjemaah.

 

H2H3 02 H2H3 03
H2H3 04 H2H3 05

H2H3 06

H2H3 07

   

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Unit Pelajaran.

Teks oleh: Unit Pelajaran. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com