Imsak
5.30
|
 Subuh
5.40
|
 Syuruk
6.58
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.23
|
Maghrib
6.58
|
Isyak
8.11

 

Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat MJTAAS Disambut Meriah

11 September 2018M / 1 Muharram 1440H (Selasa) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Sambutan Ma’al Hijrah 1440H pada kali ini yang bermula dengan Kuliah Subuh Perdana, Ceramah Khas untuk muslimah dan berakhir pada malamnya dengan Majlis Anugerah Tokoh Ma’al Hjirah 1440H/2018M.

Kuliah Subuh Perdana telah disampaikan oleh Y.Bhg. Ust Sufian. Kemudiaannya pada jam 8.30 pagi, Kuliah Khas Untuk Muslimat dikendalikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Zuraidah Kassim. Manakala disebelah malamnya Majlis Ceramah Khas disampaikan oleh Y.Bhg. Syed Nahar Syed Mokhtar yang merupakan seorang pendakwah bebas dan selebriti televisyen.

Turut diraikan pada malam tersebut adalah Tn Hj. Safa’a Bakong, mantan Pengerusi MJTAAS dan Puan Hjh. Kamariah Ahmad, mantan AJK MJTAAS yang banyak memberi khidmat kepada masjid. Mereka berdua telah dinobatkan sebagai Tokoh Ma;al Hjirah MJTAAS untuk tahun ini. Hampir 500 orang jemaah hadir memenuhi ruang solat sepanjang program berlangsung semenjak pagi sehingga selesai majlis.

 

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS),

Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

                                                                            

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com