Imsak
5.37
|
 Subuh
5.47
|
 Syuruk
7.02
|
Zohor
1.09
|
Asar
4.14
|
Maghrib
7.11
|
Isyak
8.20

 

Hijrah Malaysia Baharu

10 September 2018 (Isnin) - Masjid Al Hidayah Kg Sg Penchala Kuala Lumpur menganjurkan Program Sambutan Maal Hijrah 1440 dengan pengisian program yang bermula pada jam 6.45pm iaitu bacaan zikir, wirid yang diketuai oleh Imam Muda MAHSPKL dan disusuli Doa Akhir Tahun 1439 Hijrah pimpinan Habib Mahdi Al Hamid.

Program diteruskan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, kemudian bacaan Doa Awal 1440 Hijrah pimpinan Habib Mahdi. Setelah itu, bermulalah Forum Ma'al Hijrah 1440 bertajuk "Hijrah Malaysia Baharu adalah Ilmu dan Amal" yang dikendalikan oleh Ustaz PU Johani Ibrahim bersama dua ahli panel iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali dan Ustaz Norhizam Shair (Abang Ejam Medicine).

Objektif program sambutan Maal Hijrah 1440 ialah seperti berikut :

i. Membawa jemaah menghayati peristiwa Hijrah Baginda Rasulullah seterusnya menghayatinya untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

ii. Konteks Hijrah alaf Malaysia Baharu (fasa akhir zaman) adalah hijrah menuntut ilmu yang berlandaskan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Fiqh Muktabar perlu ditekankan agar jemaah jelas dan faham.

iii. Menarik golongan muda agar mendekati institusi masjid dan menyedari tujuan serta hakikat sebenar sebuah kehidupan.

Di penghujung program dinobatkan Dato' Wira Haji Thobrani bin Haji Hanafi sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1439 MAHSPKL, ia diambil kira atas jasa, khidmat bakti beliau menyandang jawatan pengerusi MAHSPKL dari tahun 2008 hingga 2018. Dan juga sifat-sifat beliau yang sentiasa positif dalam setiap keadaan. AlHamdulillah, program berjalan dengan baik dengan dihadiri hampir 350 ahli kariah.

 

 

Disediakan oleh :

Pentadbiran Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com