Imsak
5.37
|
 Subuh
5.47
|
 Syuruk
7.02
|
Zohor
1.09
|
Asar
4.14
|
Maghrib
7.11
|
Isyak
8.20

 

YB Fuziah Salleh Meriahkan Program Muhadharah : Indahnya Islam Bersama Saudara Baru

 
muhadharah

30 Ogos 2018 | 18 Zulhijjah 1439H – Program "Muhadharah : Indahnya Islam Bersama Saudara Baru" ini berlangsung pada hari ini, 30 Ogos 2018 bermula jam 2.30 petang di Kompleks Darul Hidayah, Sentul. Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. 

Slot Muhadharah membincangkan topik khusus 'Indahnya Islam Bersama Saudara Baru telah disampaikan oleh panelis jemputan terdiri dari Ustaz Muhammad Fitri bin Abdullah daripada PERKIM, Bro Shah Kirit Kakulal Govindji daripada Global Unity Network dan Pendakwah Bebas, saudari Nur Amira Ann Lee binti Abdullah manakala moderator ialah YBrs. Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Turut diadakan ialah Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada agensi yang telah banyak membantu urusan pengislaman dan pendaftaran pengislaman iaitu PERKIM, Islamic Outreach ABIM, Hidayah Centre Foundation, Al-Khaadem, Amaniah Muallaf Care, Multiracial Reverted Muslim dan tidak ketinggalan Global Unity Network.

 

muhadharah1 muhadharah2
 muhadharah3 muhadharah6 
 muhadharah4 muhadharah5 

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com