Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.59
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.23
|
Maghrib
6.58
|
Isyak
8.11

Islam Sebagai Solusi, Bukan Penjara Besi

solusi1

9 November 2017- (Khamis) - Malam Jumaat In D’Houze yang diadakan sebulan sekali telah disampaikan oleh Ybhg Us Zulkifli Ahmad yang bertajuk Islam sebagai Solusi bukan Penjara Besi. Perkongsian yang telah berlangsung selama 1 jam telah mendapat perhatian anak kariah yang hadir hampir 200 orang.

Melalui tajuk ini,us telah berkongsi mengenai kaedah kita sebagai umat Islam menjadi seorang pendakwah yang terbaik tanpa mengira latar belakang atau profesion masing-masing. Antara pesanan lain, jangan kita terlalu mudah menghukum orang lain dengan hanya pandangan pertama serta berprasangka buruk. Menurut beliau sikap sebegini tidak sepatutnya ada pada orang Islam dan perlu berubah bagi menjaga nama baik agama.

Banyak lagi tips dan perkongsian yang telah diberikan ustaz Zulkifli amat menarik dan berjaya memberi kesan kepada anak kariah yang hadir. Malam Jumaat in D’Houze selesai pada jam 8.30 malam dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan.

 

solusi2 solusi3

 

Disediakan Oleh :

 

Masjid Jamek Al-Khadijiah &

Pejabat Pusat Zon 6, JAWI

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com