Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.56
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.18
|
Maghrib
7.00
|
Isyak
8.10

Program Outreach Keluarga Penyayang Siri 2/2017

1
 17 Jun 2017 (Sabtu) – Golongan ibu dan bapa tunggal di sekitar kawasan perumahan kariah Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam telah dipilih sebagai peserta Program Outreach Keluarga Penyayang Siri 2/2017 pada kali ini. Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Outreach Keluarga Penyayang Siri 1/2017 yang mensasarkan golongan tertentu untuk diberi pengisian berbentuk temu seru dan ceramah motivasi bagi membentuk keluarga penyayang. Program ini merupakan anjuran Cawangan Pembangunan Keluarga Islam (PKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dengan kerjasama Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam dan Pusat Zon Lima, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.

Program yang telah dirasmikan oleh Dato’ Rizalman bin Dato’ Mokhtar, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Permuafakatan Surau dan Masjid Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur ini telah berjaya menarik perhatian seramai 105 orang peserta untuk menyertai program ini. Para peserta juga telah diberikan ceramah motivasi bertajuk “Bahagia Hingga Ke Syurga”. Di samping itu, para peserta turut menerima sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai sempena bulan Ramadhan pada kali ini.

2 3
 4  5
 6 7
 8  9
 10 11

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com