Imsak
5.42
|
 Subuh
5.52
|
 Syuruk
7.09
|
Zohor
1.19
|
Asar
4.32
|
Maghrib
7.24
|
Isyak
8.35

Taklimat Tatacara Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Dan Penyelarasan Data Pesanan Buku Teks Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) & Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA)

 hemm 1
 

16 Jun 2017M / 21 Ramadhan 1438H (Rabu) Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan Taklimat Tatacara Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Penyelarasan Data Pesanan Buku Teks Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) & Kelas Al Quran dan  Fardhu Ain (KAFA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2017 pada 14 Jun 2017 di Dewan Muslimat Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Taklimat ini telah dihadiri seramai 87  orang peserta terdiri daripada Pegawai Bahagian Pelajaran, Pegawai Penyelaras Pendidikkan Zon, Penyelaras KAFA dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dari 73 buah Sekolah Rendah Agama (SRA)  JAWI .

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Nurkhausar Norim Binti Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) JAWI. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru - guru mengenai tatacara pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dan penyelarasan data pesanan buku teks Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) & Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

Taklimat ini amat penting kepada guru- guru memberikan pendedahan maklumat terbaru berkaitan dengan tatacara pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) serta penyelarasan pesanan buku teks bagi tahun yang berikutnya supaya pengurusan  lebih cekap dan berkesan di sekolah.

hemm 2   hemm 3
 hemm 4  hemm 5
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com