Imsak
5.42
|
 Subuh
5.52
|
 Syuruk
7.09
|
Zohor
1.19
|
Asar
4.32
|
Maghrib
7.24
|
Isyak
8.35

Kursus Training Of Trainer (TOT) Pengkaedahan JAWI

tot j 3 
 

16 Jun 2017M / 21 Ramadhan 1438H (Rabu) –Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Training Of Trainer (TOT) JAWI pada 14 Jun 2017 di Bilik Aktiviti, Aras 3,  Menara Pusat Islam, JAWI. Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai, Penolong Pegawai, Pembantu Tadbir dari Unit Pembangunan Guru bersama 14 orang guru dari Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kursus ini disampaikan oleh Pensyarah dari  UPM iaitu Dr Adi Yasran bin Abdul Aziz merupakan kesinambungan kursus sebelum ini. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada  guru tentang Pengkaedahan Jawi yang betul. Kursus ini amat bersesuaian dengan guru-guru untuk mendalami ilmu yang disampaikan oleh penceramah yang banyak memberi input serta perkongsian yang berkesan.

Kursus seperti ini sangat  penting dan harus diadakan pada masa akan hadapan kerana dapat melahirkan guru pakar dalam bidang berkenaan bagi melahirkan generasi  yang berkualiti, cemerlang dan terbilang di dunia dan di akhirat.

 tot j 2 tot j 6 
 tot j 5  tot j 1
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com