Imsak
5.41
|
 Subuh
5.51
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.13
|
Asar
4.35
|
Maghrib
7.09
|
Isyak
8.24

Seminar Tadabbur Al-Quran Sempena Nuzul Al-Quran 1438H

tadabbur171

 

19 Jun 2017 | 24 Ramadan 1438H– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Seminar Tadabbur Al-Quran sempena sambutan Nuzul Al-Quran pada 16 Jun 2017 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI dan dihadiri oleh seramai lebih 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, NGO dan orang awam.

 

Antara pengisian program yang dimuatkan ialah  dua slot ceramah. Slot pertama bertajuk “Tadabbur Al-Quran Penawar Jiwa” disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdel Mohaimen Sayed Aly Abdel Magid, Pensyarah Darul Quran, Jakim. Walaupun beliau berbangsa arab, namun penyampaian ceramah  dalam Bahasa Melayu yang fasih dan diselangi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mendayu-dayu telah menarik minat peserta. Slot kedua pula disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Azizan bin Dato’ Hj. Nik Jaafar, Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dengan tajuk “Tahsin As-Sout Dalam Pembacaan Al-Quran. Beliau telah menjelaskan tentang “Tahsin As-Sout” ataupun ilmu vokal al-Quran yang disampaikan secara interaktif iaitu melibatkan praktikal tarannum ayat al-Quran disertai pergerakan badan telah membuatkan peserta merasa teruja dan seronok untuk mendalami ilmu tersebut.

 

Diharapkan perkongsian yang menarik dari kedua-dua penceramah telah berjaya menyuntik minat para peserta untuk lebih mendalami dan menghayati al-Quran.

 

tadabbur172 tadabbur173
 tadabbur174  tadabbur175
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com