Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.56
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.18
|
Maghrib
7.00
|
Isyak
8.10

Majlis Taklimat Dan Ujian Kelayakan SIRAJ Tahun Satu 2018

 kis 1
 

17 Mei 2017M/ 20 Sya’aban 1438H  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  telah mengadakan Ujian Kelayakan Tahun Satu ke  Sekolah  Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) bagi sesi persekolahan 2018 pada 13hb Mei 2017 (Sabtu). Ujian ini telah diadakan di empat buah sekolah SIRAJ secara serentak iaitu di SIRAJ Saidina Othman Ibn.  Affan, Bandar Tun Razak,  SIRAJ Al-Alusi, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, SIRAJ Abu Dzar Al- Ghifari, Jinjang Utara dan SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Ria Kuala Lumpur.  Kunjungan Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menyerikan perjalanan program yang dilaksanakan. Seramai 1,098 orang murid  pra sekolah/tadika  telah menduduki ujian bertulis  di ke empat-empat sekolah tersebut yang berlangsung selama dua jam.

Selain itu, sesi taklimat oleh Guru Besar sekolah berkenaan telah diadakan bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan tentang hala tuju SIRAJ. Pegawai-pegawai daripada JAWI juga turut serta dalam majlis tersebut bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh para ibu bapa. Sambutan ibubapa pada hari tersebut amat menggalakkan.

kis 3   kis 2
 kis 5  kis 4
 kis 6  kis 7
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com