Imsak
5.41
|
 Subuh
5.51
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.13
|
Asar
4.36
|
Maghrib
7.09
|
Isyak
8.24

Majlis Bacaan Yasin Sempena Jubli Perak IPB Dan Majlis MOU IPB Bersama MAIAS

MOUIS1


 

20 April 2017/ 24 Rejab 1438 (Khamis) -Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS) telah memeterai perjanjian persefahaman (MOU) sempena sambutan Jubli Perak Institut tersebut. Majlis dimulakan dengan solat  Maghrib berjemaah, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat serta solat Isyak.

Majlis menandatangani MOU tersebut telah diadakan di Dewan Seri Perkasa 1 MAIAS diantara IPB yang diwakili Oleh Tuan Haji Sakaria bin Samela, Ketua Pegawai Eksekutif IPB yang baharu dilantik, manakala pihak MAIAS diwakili Oleh Tuan Haji Mohamed Nor bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kariah MAIAS. Majlis menandatangani MOU tersebut disaksikan Oleh YBhg Dato' Hj Razali bin Shahabudin, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IPB dan juga Datuk Hj Zainal Abidin bin Jaafar,Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Dalam majlis ringkas ini, YBhg Datuk Hj Zainal Abidin bin Jaafar telah menyampaikan ucapan dengan penuh rasa gembira dengan termeterainya MOU ini agar pihak MAIAS Dan IPB dapat bekerjasama dalam merancang aktiviti dan program secara bersama, samada yang berbentuk jangka pendek atau jangka masa panjang.

Turut hadir dalam majlis bersejarah ini ialah Datuk Haji Che Mat bin Che Ali, Pengerusi PPZ Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Ibrahim bin Hj Thamby Chik, Ahli Jawatankuasa MAIWP merangkap Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Ust Mohd Yazid bin Saad,  Penolong Pengarah Kanan Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI, AJK dan Kakitangan MAIAS, Pegawai dan Kakitangan IPB serta pelajar IPB dan anak kariah MAIAS. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan makan malam.

 

MOUIS2 MOUIS3
MOUIS4 MOUIS5
MOUIS6 MOUIS7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Imam Ash- Shafie
Taman Maluri Cheras, KL
Masjid Pusat Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com