Imsak
5.42
|
 Subuh
5.52
|
 Syuruk
7.09
|
Zohor
1.18
|
Asar
4.30
|
Maghrib
7.24
|
Isyak
8.34

JAWI Ajak Penjawat Awam Peka Isu Semasa Umat Islam

 
riyadhulilmi2

 

18 April 2017|21 Rejab 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam (CHKI), Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan program Riyadhul Ilmi: Bicara Isu-Isu Semasa pada 13 April 2017 yang lalu. Program yang melibatkan 60 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan di sekitar Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh YBrs. Pengarah JAWI, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh.

 

Objektif penganjuran program pada kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai tiga aspek penting di dalam agama iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Di samping itu, program ini turut bertujuan untuk meningkatkan penghayatan agama dalam tugasan harian dalam mendepani isu serta cabaran semasa berlandaskan syariat Islam. Dengan hasrat untuk membina daya intelek dan keperibadian yang tinggi, para peserta juga didedahkan dengan kajian-kajian terkini yang dijalankan oleh JAWI di mana mereka mungkin tidak menyedari bahawa ancaman-ancaman tersebut mampu menjejaskan sosio-budaya di tempat kerja mahupun kehidupan harian masing-masing. Justeru, melalui program ini, para peserta dapat mengambil maklumat secara terus (first hand information) berkenaan isu semasa yang dihadapi oleh agensi dan penjawat awam dewasa ini.

Antara pengisian program yang telah dijalankan adalah pembentangan topik seperti berikut:

  1. Isu Dan Cabaran Umat Islam Masa Kini (Disampaikan Oleh JAWI)
  2. Pegangan Yang Tidak Bercanggah Dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Disampaikan Oleh JAWI)
  3. Ancaman Media Sosial Kepada Penjawat Awam(Disampaikan Oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia-SKMM)

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim di antara kakitangan dari pelbagai agensi serta memberi panduan kepada semua peserta dalam berhadapan dengan cabaran dan isu semasa di alam kerjaya. 

 

riyadhulilmi riyadhulilmi1
riyadhulilmi3 riyadhulilmi4
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com