Imsak
5.50
|
 Subuh
6.00
|
 Syuruk
7.15
|
Zohor
1.22
|
Asar
4.25
|
Maghrib
7.25
|
Isyak
8.34

Kedai Makan Asnaf 1Malaysia: Pusat Sehenti Komuniti Disayangi


 
kedaiasnaf
 

16 Mac 2017 I 17 Jamadilakhir 1438H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam telah meneruskan Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia yang beroperasi di Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Program yang telah memasuki tahun keempat perlaksanaan telah bermula pada 1 Januari 2013 setelah melihat situasi golongan asnaf yang memerlukan pembangunan sahsiah diri. Objektif program ini adalah bagi membangunkan sahsiah golongan asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan pengisian rohani dan makan tengahari percuma.

 Bahagian Pengurusan Dakwah telah menetapkan konsep pelaksanaan program ini seperti berikut:

        i.        Kelas pengajian secara santai dan sukarela.

       ii.       Khidmat nasihat individu dan berkumpulan secara tidak langsung oleh tenaga pengajar dan                  urusetia JAWI.

       iii.       Hidangan makan tengahari secara percuma kepada pengunjung daripada kalangan asnaf.

Masa operasi premis adalah 12.00 tengahari hingga 4.00 petang. Kelas pengajian Islam bagi pengunjung diadakan pada hari Isnin, Rabu dan Khamis dengan topik yang menyentuh isu solat dan bacaan al-Quran, fardhu ain, penyucian hati dan motivasi. Program ini dipantau secara harian oleh kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Program dan aktiviti sampingan juga diadakan seperti Program Pendidikan HIV, Bengkel TOT Sukarelawan Sosial Islam, agihan pakaian dan barangan terpakai, ziarah daripada agensi-agensi luar dan sebagainya.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kehidupan harian golongan asnaf dan gelandangan agar mereka lebih terpandu ke arah kebaikan dan pembangunan sahsiah diri.

 

kedaiasnaf1 kedaiasnaf2
kedaiasnaf3 kedaiasnaf4

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah                                                                    
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com