Imsak
5.50
|
 Subuh
6.00
|
 Syuruk
7.15
|
Zohor
1.22
|
Asar
4.25
|
Maghrib
7.25
|
Isyak
8.34

SIRI PEMANTAUAN BERKALA PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN SEKITAR KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

08 Februari 2017M / 11 Jamadilawal 1438H (Rabu)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Praperkahwinan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan Syarikat Penganjuran Kursus mematuhi peraturan dan garis panduan yang berasaskan Modul MBKPI dipatuhi. Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat pengajuran akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

            Delegasi daripada BPPK, JAWI diketuai oleh Us. Zakaria bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan (PPK, BPPK). Turut hadir Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Ustaz Muhammad Fairudz bin Saderi, Mohd Hairolesham bin Misri dan Wan Zamani bin Wan Deraman yang terlibat dalam pemantauan ini.

Delegasi daripada BPPK, JAWI mula bergerak  pada jam 9.30 pagi ke Syarikat Kursus Perkahwinan WEP yang beroperasi di No.T.01-U.05-2, Jalan P9E/1, Presint 9, Putrajaya. Tiba di lokasi sekitar jam 10.00 pagi. Seterusnya ke Syarikat Keusahawanan dan Pembangunan Insan di Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kemudian ke Syarikat Global Intell Management di Gombak, Kuala Lumpur dan berakhir dengan Syarikat MYD Solution di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Semoga pertemuan antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus perkahwinan memberi banyak manfaat kepada kesemua pihak dan syarikat-syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus.

 

   
   

 

 

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com