Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.56
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.18
|
Maghrib
7.00
|
Isyak
8.10

Multaqa Murabbi Ummah Wilayah Persekutuan 2017

MMU1

 

14 Februari 2017 (Selasa) – Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Wilayah Persekutuan 2017 bertempat di Dewan Muktamar JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri seramai 1200 orang peserta yang terdiri daripada imam, bilal, pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau, guru-guru takmir serta guru-guru KAFA di Wilayah Persekutuan.

Di dalam program tersebut, para peserta telah diberikan dua sesi ceramah yang menarik. Sesi ceramah pertama telah disampaikan oleh YH. Dato’ Badli Shah bin Alaudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang. Tajuk ceramah beliau ialah “Memartabatkan Keunggulan Umat Islam”. Manakala sesi ceramah kedua pula telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah “Mengurus Konflik dan Perbezaan Pemikiran Politik Umat Islam”.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP. Bersempena program ini juga, sebanyak empat mock cheque telah disampaikan iaitu Bayaran Imbuhan Imam, Elaun Guru KAFA dan Guru Takmir Wilayah Persekutuan, Bayaran Imbuhan Kepada Bilal dan Noja Masjid Bagi Wilayah Persekutuan, Saguhati Jawatankuasa Masjid / Surau Jumaat Wilayah-Wilayah Persekutuan 2016 dan Tabung Kemanusiaan Rohingya dan Acheh.

Turut hadir di dalam program ini ialah YB Senator Dato’ Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.

 

MMU2 MMU3
MMU4 MMU5
MMU6 MMU7
MMU8 MMU9
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com