Imsak
5.41
|
 Subuh
5.51
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.13
|
Asar
4.36
|
Maghrib
7.09
|
Isyak
8.24

Kelas Pengajian Fardhu Ain OKU Cacat Pendengaran Siri 19/2014

5OKMAIN

 

 

21 Disember 2014 | 28 Safar 1436h (Ahad)

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) telah menganjurkan KELAS PENGAJIAN FARDHU AIN OKU CACAT PENDENGARAN SIRI 19/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur. 

Kelas Pengajian ini merupakan aktiviti khas yang diadakan khusus kepada OKU Cacat Pendengaran  untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu ain.  Kelas ini diadakan pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan dan dihadiri 65 orang peserta.  Kelas pengajian pada minggu ini telah dikendalikan oleh USTAZ AZHAR BIN ISMAIL, Presiden Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA)yang bertajuk “MENGHAYATI ERTI ISLAM”.

Antara kupasan tajuk adalah menjelaskan tentang rukun islam, sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 208 bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.

Daripada Umar r.a. katanya: “Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang sangat putih kainnya, sangat hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan dengan Rasulullah s.a.w. lalu dia menyandarkan kedua-dua lututnya kepada kedua-dua lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya ke atas kedua-dua paha Nabi s.a.w. Kemudian dia berkata: Hai Nabi Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa bulan Ramadan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya. Dia berkata: Benarlah engkau! Maka kami pun tercengang kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.”

 

1OK 2OK
3OK 4OK

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI, Kuala Lumpur

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com