W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
24 ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ Jamadilakhir 1435
Profil Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.

Urusetia Majlis pada ketika itu hanya terdiri dari beberapa orang pegawai sahaja, mereka terdiri daripada:

  1. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Kadi Besar Wilayah Persekutuan
  3. Ketua Penolong Setiausaha
  4. 2 Orang Kadi
  5. Pegawai Tadbir Masjid
  6. 2 Orang Pegawai Zakat & baitulmal
  7. Pegawai Pendakwa & Penguatkuasa
 
Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hanya terdiri daripada beberapa unit kecil sahaja iaitu :-
 
  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Pengurusan Masjid
  3. Unit Penguatkuasa & Pendakwaaan
  4. Unit Pentadbiran Nikah , Cerai dan Ruju`
  5. Unit Zakat & Baitulmal
  6. Unit Fatwa
 

Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001. Kini, peranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya : -

  1. Merancang pembangunan dan aset Majlis
  2. Penyelidikan
  3. Memberi pendidikan serta keperluan guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan
  4. Menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan
  5. Pengurusan saudara baru yang lebih konsisten
  6. Pengurusan zakat , wakaf dan Baitulmal
  7. Penguatkuasaan & Pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah
  8. Pentadbiran Undang-undang Keluarga yang lebih sistematik
  9. Menerbit dan mengedarkan majalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti JAWI dan kitab-kitab agama
  10. Penyelidikan fatwa
TEXT_SIZE