W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
17 ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ Jamadilakhir 1435

CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PENGENALAN

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia merupakan satu unit pengurusan personel di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan JAWI yang diterajui oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah Gred M41 dan Jawatan Kumpulan Sokongan Pelbagai Gred.

Terbahagi kepada 2 Seksyen :

i) Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

ii) Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
 

FUNGSI

Secara umum, Cawangan ini mempunyai 4 skop atau bidang kuasa yang utama :-

a) Perkhidmatan

 Melibatkan pengesahan pelantikan,pengurusan gaji dan elaun, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen,pengurusan permohonan peperiksaan, pentadbiran sistem HRMIS, pengurusan pencen, pengurusan cuti, urusan pemangkuan dan penanggungan kerja.

b) Perjawatan

Melibatkan penyediaan dan pengemaskinian maklumat perjawatan, pengisian perjawatan, permohonan pertukaran, penyediaan kertas cadangan pengstrukturan semula (re-org), permohonan pengambilan kerja khidmat singkat, permohonan perjawatan kontrak dan sebagainya.

c) Latihan

Merancang dan menganjurkan kursus/bengkel/seminar dan seumpanya untuk disertai oleh pegawai dan kakitangan JAWI, menyelaras Permohonan Kursus anjuran INTAN, JPA, ILIM dan Agensi-Agensi lain serta mengurusetiakan Bengkel/Kursus dan Mesyuarat

d) Pengurusan Tatatertib

 Menyediakan Laporan Tatatertib untuk dipanjangkan kepada Lembaga Tatatertib untuk dipanjangkan kepada Lembaga Tatatertib JAKIM setelah mendapat laporan daripada bahagian-bahagian.


APLIKASI HRMIS

>PERMOHONAN PERTUKARAN MELALUI HRMIS

Tujuan utama permohonan pertukaran dibangunkan sebagai satu mekanisme dalam mengurus dan memudahkan urusan permohonan pertukaran dan cara berurusan secara lebih telus dan transparent . Selain itu, urusan Permohonan Pertukaran Antara Kementerian/Jabatan adalah melibatkan Keurusetiaan Pertukaran Di Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi Pegawai–Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan sahaja.


>> Cara Memohon :

   Langkah  1: Login HRMIS, Klik menu Perolehan Sumber Manusia
   Langkah  2: Klik Pembangunan Pelan Tindakan Perolehan Sumber Manusia
   Langkah  3: Klik Memohon Pertukaran
   Langkah  4: Klik Permohonan Pertukaran Sendiri Umum
   Langkah  5: Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan dan muatnaik borang permohonan pertukaran 
                          yang  telah mendapat tandatangan sokongan dari Ketua Bahagian/ Ketua Jabatan (borang boleh
                         dimuaturun dari laman web JAWI dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2011)
dan juga
                         surat sokongan lain (jika ada)

   Langkah  6: Klik Hantar jika berpuas hati dengan maklumat yang diberikan.

Muat turun borang permohonan pertukaran di sini

>>> Cara Menyemak Status Pertukaran

   1. Klik Perolehan Sumber Manusia
 
   2. Klik  Pembangunan Pelan Tindakan Perolehan Sumber Manusia
 
   3. Klik  Memohon Pertukaran
 
   4. Klik Teruskan

(Tuan/Puan perlu merujuk dan memahami garis panduan permohonan pertukaran yang telah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2011)


 

TEXT_SIZE