|
Karnival Sukan Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah Peringkat Surau Putrajaya 2010
|
|
Baca lagi...
|
|
|
PENGENALAN JAWI Cawangan Putrajaya mula ditubuhkan pada September 2001 secara pentadbiran berpejabat di Masjid Putra, Putrajaya sebelum dipindahkan ke surau Presint 8, Putrajaya pada September 2002 dan seterusnya berpindah ke Bangunan Putrajaya Perdana, Presint 16, Putrajaya pada 9 Februari 2004. Pada Februari 2005, pejabat JAWI Cawangan Putrajaya telah dipindahkan ke Aras 7, Blok E2 Kompleks E, Putrajaya dan beroperasi di bangunan ini sehingga kini. JAWI Putrajaya diwujudkan secara perjawatan mulai 1 Disember 2007. OBJEKTIF - Meningkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Putrajaya
Memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat Islam Menjaga kesucian Islam dengan pencegahan maksiat dan ajaran sesat Menjaga institusi keluarga dan masyarakat serta membantu pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga melalui khidmat kaunseling
JAWI Cawangan Putrajaya terdiri daripada 7 cawangan utama:- | BIL | CAWANGAN | FUNGSI | | 1. | Khidmat Pengurusan | Menguruskan segala hal ehwal berkaitan pentadbiran , kewangan dan sumber manusia di JAWI Putrajaya | | 2. | Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga | Menguruskan permohonan kebenaran berkahwin dan hal ehwal berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan n ruju’ dengan merujuk kepada Akta Undang-undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta 303 ) Menyediakan perkhidmatan rundingcara keluarga kepad pasangan yang memerlukan khidmat nasihat Mengadakan seminar /program kekeluargaan dalam memantapkan lagi institusi keluarga Islam. | | 3. | Pengurusan Kariah | Membantu mengurus, menyelia dan memantau surau-surau di sekitar Putrajaya selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1993 (Akta 505) | | 4. | Pengurusan Dakwah | Menguruskan program dakwah – kursus, seminar dan bengkel kepada semua lapisan masyarakat, menguruskan pengislaman dan pendaftaran saudara baru, mengatur kelas pengajian, kursus, seminar , bimbingan dan khidmat nasihat kepada saudar baru dan menjalankan program ceramah/forum/seminar sempena hari-hari kebesaran Islam | | 5. | Penyelidikan | Menguruskan sokongan pembetulan/ pertukaran nama seperti nama yang membawa maksud tidak baik di sisi Islam, pertukaran nama saudara baru, atau nama yang tersalah ejaan, memantau aduan berkaitan kesalahan akidah dan syariah serta memberikan maklumat berkaitan akidah dan syariah kepada masyarakat sekitar Putrajaya | | 6. | Penguatkuasaan | Melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Keslahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1997 ( Akta 559 ) dan Akta Undang-undang keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) | | 7. | Pendakwaan | Menyediakan kertas pertuduhan dan mengendalikan pendakwaan kes mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang di Mahkamah Syariah. |
Proses Kerja Piagam Pelanggan Desk Officer |
|
|
|
|
|
|