|
There are no translations available. Pengenalan
Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes pendakwaan di Makhamah Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sebelum 16 Ogos 2005, Bahagian Pendakwaan diletakkan bersama-sama dengan Bahagian Penguatkuasaan yang dikenali sebagai Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAWI. Sekitar tahun 1970-an, Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan menjalankan operasinya berasaskan kepada Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Selangor 1952 yang diubahsuai untuk Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Wilayah Persekutuan 1974. Pada tahun 1997, Enakmen tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan beberapa Akta baru yang lebih releven untuk dilaksanakan sehingga sekarang. Bahagian ini diwujudkan adalah selaras dengan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau dikenali sebagai akta 505. Bidangkuasa dan tugas kuasa Ketua Pendakwa Syarie dan Pegawai Pendakwa Syarie diterangkan dalam beberapa peruntukan di bawah Akta berkenaan seperti berikut: Seksyen 58(2) Akta 505 memperuntukan memperuntukkan Ketua Pendakwa Syarie boleh menggunakan budibicara untuk mendakwa mana-mana orang islam yang melakukan jenayah syariah dan syeksen 58(3) Akta 505 memperuntukkan Majlis berbidangkuasa melantik Pendakwa Syarie menjalankan Pendakwaan di Makhamah Syariah. Kini, Bahagian Pendakwaan JAWI diketui oleh seorang Ketua Pendakwa Syarie (LS52). Bagi meningkatkan kelancaran pentadbiran bahagian ini sebanyak tiga cawangan telah diwujudkan iaitu: - Cawangan Pendakwaan Makhamah Rendah Syariah.
- Cawangan Pendakwaan Makhamah Rayuan dan Makhamah Tinggi Syariah.
- Cawangan Rekod dan Pendaftaran.
Objektif
- Meningkatkan kualiti pendakwaan dengan memastikan elemen pertuduhan dan siasatan kes lengkap sehingga mencapai tahap prima facie kes.
- Bekerjasama dalam membantu Makhamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
- Melaksanakan prosedur pendakwaan jenayah syariah dengan lebih tersusun berlandaskan Hukum Syarak dan undang-undang bertulis.
- Bertindak sebagai Agen pembasmi kepada masalah sosial masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
- Meningkatkan ilimu pengetahuan di dalam bidang perundangan dan pendakwaan dikalangan pengawai dan kakiktangan.
- Berusaha menyebarkan maklumat dan kefahaman tentang undang-undang jenayah syariah kepada masyarakat.
- Menggembleng tenaga kerja yang cekap dan efektif menerusi semangat kerja berpasukan.
Fungsi Menjalankan prosiding pendakwaan kes-kes jenayah syariah di Makhamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan berlandaskan peruntukan Undang-Undang syariah di bawah akta-akta yang digunapakai di Wilayah Persekutuan. Senarai akta yang digunapakai:- - Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997- Akta 559
- Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984- Akta 303
- Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993-Akta 505
- Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997- Akta 560
- Akta Keterangan Makhamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997- Akta 561
Piagam Pelanggan Melaksanakan prosedur dan memastikan perjalanan prosedur pendakwaan jenayah syariah berjalan dengan lebih tersusun bermula dari penerimaan fail siasatan sehingga pertuduhan difailkan ke mahkamah dalam tempoh 3 bulan. Tanggungjawab - Menjalankan tugas-tugas pendakwaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan syariah di bawah Undang-Undang Islam yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
- Bertanggungjawab membantu Hakim Syarie dalam membuat keputusan dan hukuman yang adil.
Aktiviti - Menerima dan menyemak fail kes yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasaan JAWI.
- Menyediakan dokumen-dokumen pendakwaan seperti pertuduhan, fakta kes dan lain-lain perkara yang berkaitan.
|