Message



INVESTIGATION
PENGENALAN

Cawangan Siasatan bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dalam menjalankan siasatan ke atas kesalahan jenayah syariah yang berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan. Selain itu, siasatan lanjut dan terperinci adalah bidang tugas yang terpenting dalam suatu kesalahan selepas maklumat diterima dan tindakan operasi telah dijalankan. Semua bentuk siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.

 

FUNGSI

  • Menjalankan siasatan ke atas maklumat bagi kesalahan boleh tangkap (KBT) dan kesalahan tak boleh tangkap (KTBT)

  • Mengklasifikasikan maklumat mengikut kes untuk tujuan risikan

  • Merancang dan mengatur risikan sebelum opersi dijalankan

  • Menyediakan laporan risikan

  • Memantau perkembangan kes-kes selepas operasi dijalankan

 


__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PAPARAN TERBAIK | PENAFIAN | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN
Hakcipta Terpelihara 2009 @ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur
Tel: 03-22749333 Fax: 03-22731575
Email : webmaster@jawi.gov.my
Tarikh Kemaskini : 7 September 2010