W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
24 ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ Jamadilakhir 1435
Bahagian JAWI Penguatkuasaan Operasi & Pencegahan

CAWANGAN OPERASI & PENCEGAHAN



PENGENALAN

Cawangan Operasi dan Pencegahan bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dalam melaksanakan aktiviti operasi dan pencegahan jenayah syariah yang berlaku di sekitar Wilayah-wilayah Persekutuan. Cawangan Operasi dan Pencegahan juga memainkan peranan yang besar dalam menjalankan tugas nahi mungkar  termasuklah merisik, menyiasat, tangkapan seterusnya menjaga kebajikan Orang Yang diSyaki (OYDS) yang berada di dalam tahanan sementara. Segala tugas dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan.
 
 
FUNGSI

  • Menerima maklumat jenayah syariah.
  • Menjalankan operasi jenayah syariah.
  • Melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah syariah.
  • Menyediakan dan memantau jadual bertugas menjaga kaunter, bertugas di mahkamah dan tugasan kumpulan.
  • Menjaga kebajikan OYDS.
  • Menjaga, mengawasi dan menghantar OYDS ke Mahkamah Syariah.
  • Mengendalikan urusan bon jamin OYDS.
  • Melaksanakan waran tangkap dan saman.
TEXT_SIZE