05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

20 April 2011 (Rabu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Perjumpaan YBhg. Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bersama Warga JAWI berlansung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam.

Majlis ini diadakan bersempena persaraan KP JAKIM dari perkhidmatan beliau di samping untuk memberi amanat kepada semua pegawai dan kakitangan JAWI dalam merealisasikan hasrat beliau di masa hadapan.

Majlis didahului dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI serta ucapan dari Mantan Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz.

Ucapan YBhg. Datuk Pengarah JAWI menghargai perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan oleh YBhg. Dato’ Wan Mohamad sehingga JAKIM menjadi sebuah sebuah institutsi agama yang aktif dan dihormati. Diakhir ucapan beliau, Datuk Haji Che Mat mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Wan Mohamad di atas jasa yang disumbangkan selama ini dan berharap agar beliau terus membantu JAKIM meskipun telah bersara dan dilantik sebagai Pengerusi bagi Institut Profesional Baitulmal dan Institut Kemahiran Baitulmal yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sementara itu, ucapan Dato’ Ketua Pengarah JAKIM lebih menjurus kepada penghargaan beliau terhadap penganjuran majlis. Beliau turut menyatakan kepuasan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan selama ini dan menyarankan agar JAWI terus meningkatkan kerjasama dengan JAKIM agar sistem penyampaian perkhidmatan JAWI dapat ditambahbaik. Dalam masa yang sama, beliau juga menyatakan kesediaan untuk terus membantu JAKIM dalam memberikan buah fikiran atau idea untuk kebaikan bersama. Di akhir ucapannya, beliau memohon maaf jika ada kesalahan perbuatan dan tutur kata sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau juga mendoakan semoga JAWI akan sentiasa maju dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan tayangan video profil YBhg. Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz yang menyingkap saat-saat indah sewaktu beliau bersama-sama sebagai Ketua Pengarah JAKIM. Majlis Amanat yang penuh bermakna pada hari itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati peribadi daripada Datuk Haji Che Mat dan cenderahati kenangan daripada seluruh warga kerja JAWI kepada Mantan Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz.

Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Othman Bin Musthafa, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Mohd Noor Bin Abd Hamid, Pengarah Kanan (Pengurusan) JAKIM.

    

    
 
    

Foto oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan
Teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria