Imsak
5.30
|
 Subuh
5.40
|
 Syuruk
6.58
|
Zohor
1.00
|
Asar
4.20
|
Maghrib
6.58
|
Isyak
8.09
 
15 Mei 2010 (Sabtu) - Bertempat di Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan, telah diadakan Sambutan Hari Guru SRAI dan KAFA Peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2010. Majlis tersebut diadakan secara sederhana yang dihadiri seramai 180 orang guru SRAI dan KAFA di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah dimulai dengan bacaan yasin  dan tahlil serta solat berjemaah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan, Ustaz Yusof bin Mamat. Turut diadakan Penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerah Guru Cemerlang 2009 dan Anugerah Guru KAFA berjasa.

Penerima anugerah adalah seperti berikut iaitu  Guru Besar Cemerlang 2009, Louis @ Yamil Bin Gampangan dari SRAI Darul Ulum Membedai mencapai keputusan 100% bagi keputusan SRU 2009.  Perkhidmatan Guru Cemerlang 2009 disandang Fatmah @ Joyah Binti Latip (Bagi Guru Elaun) dari SRAI Al-Lamudin Sg. Bedaun mencapai 85% dalam penilaian prestasi 2009.
 
Manakala individu yang mendapat Guru KAFA Berjasa 2010 ialah Matjali Bin Musram yang telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai guru KAFA dan  Rohana Binti Kahar yang juga telah berkhidmat selama 20 tahun.Sijil Penghargaan Atas Usaha Meningkatkan Kualiti Akdemik diberi kepada 63 orang guru yang berjaya mendapat SPM  2009 dan 32 orang berjaya mancapai 5 kredit dan Sijil Penghargaan Guru Pembimbing SPM 2009 diberikan kepada Ustazah Noordianah Binti Alwi.
 

    

    

Foto dan teks oleh :
Jabatan Agama Islam Wilayah Labuan

Text Size

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com