05:57
Subuh
07:34
Dhuha
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

SEMINAR MADANI KASIH KE SYURGA ANGKAT MARTABAT WARGA EMAS

 WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.15 1

12 Jun 2025 | 16 Zulhijjah 1446H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), dengan kerjasama Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, telah menganjurkan Seminar Madani Kasih Ke Syurga: “Warga Emas – Kerana Dirimu Begitu Berharga” bertempat di Dewan Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur.

 WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.16

Seminar ini diadakan bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat tentang hak dan keperluan warga emas yang perlu dipelihara demi menjamin kesejahteraan hidup mereka dari segi tanggungjawab, perancangan masa depan, kekeluargaan serta penglibatan dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Di samping itu, ia juga memberi kesedaran kepada golongan warga emas agar sentiasa menjalani kehidupan dengan rasa gembira, sihat, ceria dan penuh kesyukuran walaupun dalam arus perubahan zaman.

 

 WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.16 4WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.15 2

Seminar dimulakan dengan ceramah bertajuk “Hak Warga Emas Mengikut Perspektif Islam” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohamad Shukeri bin Yaacob, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara. Seterusnya, sesi ceramah kedua bertajuk “Kebahagiaan dan Cabaran Warga Emas” telah disampaikan oleh YBrs. Puan Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.17

 WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.17 1

Majlis penutupan seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir ialah YBrs. Ustazah Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK serta YBrs. Ustaz Ahmad Faidhul Irfan bin Ahmad Mustaffa Kamal, Naqib/Ketua Imam mewakili Pengerusi Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah.

 WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.15

WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.16 3

WhatsApp Image 2025 06 16 at 09.53.15 3

Seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada golongan warga emas komuniti setempat telah menghadiri seminar ini, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap program yang memberi fokus kepada pemerkasaan golongan emas dalam masyarakat.

 

 

BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar