05:58
Subuh
07:35
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

PROGRAM A DAY FOR ME ILAJ HOME 2025

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

28 MEI 2025M | 30 ZULKAEDAH 1446H (RABU) - Unit Psikologi, Cawangan 'Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Surau Al-Sofa telah mengadakan program A Day For Me bersama warga kerja dan klien 'Ilaj Home, bertempat di GIBS Ecotourism Resort, Ulu Yam, Selangor.

Program yang telah melibatkan 9 orang klien, 10 orang kakitangan 'Ilaj Home dan 5 orang pelajar praktikal ini adalah bertujuan meningkatkan motivasi klien untuk terus melalui proses rawatan dan pemulihan di 'Ilaj Home serta untuk mengukuhkan hubungan antara klien dan warga kerja 'Ilaj Home. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah senaman, sukaneka, aktiviti air dan sesi ibrah ringkas yang bertujuan memberi ruang kepada klien untuk refleksi kendiri dan menghargai nilai kehidupan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran dan ucapan serta tazkirah ringkas YBrs. Tuan Muhammad Shahrin@Sharin bin Zulkiply, Ketua Penolong Pengarah 'Ilaj Home bagi memberi sokongan penuh kepada penganjuran program ini sebagai salah satu proses pemulihan klien melalui pendekatan psikososial.

Selain itu, ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Surau Al-Sofa atas sumbangan dan sokongan padu yang telah membantu menjayakan program ini.

Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala sebagai salah satu alternatif rawatan dan usaha untuk menyuntik semangat positif dan sokongan moral kepada klien untuk terus kekal bermotivasi.

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n
497957527 1078054557471718 458075638397361845 n 496130662 1078054344138406 4184218847523820357 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar