KKSR JAWI

 

 


 KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI (KKSR)

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAWI)

BAGI TAHUN 2023/2025
 

 

kksrjawi
  

 

TUJUAN DAN MATLAMAT KKSR

  • Penubuhan kelab adalah bertujuan untuk menyatupadu dan mengeratkan hubungan pegawai dan kakitangan JAWI melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan sukan
  •  Membuat program atau aktiviti sukan bagi mengisi tabung kelab 
  •  Menyertai aktiviti perniagaan bagi menambah tabungan kelab untuk manfaat  semua ahli dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh kelab hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan  bagi melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab.  Dan tidak sebahagian pn daripada wang atau keuntungan itu akan   digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli kelab sungguh pun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat secara baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja kelab dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada kelab. 
  • Memohon sumbangan daripada pihak-pihak tertentu bagi menjalankan aktiviti kelab dengan mendapat kebenaran daripada pihak tertentu.
  • Menganjurkan program-program untuk memungut derma bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan dari orang perseorangan dan agensi-agensi dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan.
  • Menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dengan mengenakan bayaran penyertaan.
  • Menganjurkan lawatan dalam  dan luar negeri bagi tujuan menambah sumber pendapatan.
  • Menganjurkan pertandingan sukan dalaman (indoor game) dan luaran (outdoor game) di antara  agensi-agensi lain jika perlu.
  • Membuat sumbangan kewangan untuk kebajikan ahli-ahli seperti perkahwinan, kelahiran anak pertama, dan lain-lain sumbangan yang    diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa kelab. 

 

Carta organisasi KKSR JAWI 2023 copy