05:39
Imsak
05:49
Subuh
07:10
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1Soalan  Lazim  maklumbalas
Hubungi  Kami
hubungi
Aduan & Maklumbalas 
peta
Peta Laman

PERUTUSAN YB MENTERI

DI JABATAN PERDANA MENTERI

 

 

PERUTUSAN YB MENTERI

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan perutusan di laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal Islam di negara ini secara peribadi menyokong penuh usaha pihak JAWI dalam menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan kepada masyakarat umum melalui pelbagai saluran termasuk laman web ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, dunia hari ini ialah dunia tanpa sempadan dan segala maklumat yang diperlukan kini hanya berada di hujung jari. Oleh itu, laman web yang dibangunkan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa JAWI juga turut mengorak langkah dan menyahut seruan pihak kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini. Dengan adanya laman web ini, saya berharap ia dapat dijadikan wadah kepada warga JAWI dan pengunjung bagi mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti dan perkembangan JAWI. Antara maklumat penting yang boleh dicapai di laman web ini ialah fungsi dan peranan JAWI, permohonan kebenaran nikah atas talian, e-khutbah, jadual pengajian saudara baru serta maklumat berkaitan aktiviti serta program JAWI. Akhir sekali, saya berharap agar orang ramai sentiasa melayari dan memanfaatkan laman web ini dengan sebaik-baiknya.

 

YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com