05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

PERUTUSAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Image
Image

PERUTUSAN YB MENTERI

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah kurnia dan inayah-Nya kepada seluruh umat manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Saya merakamkan ucapan tahniah atas usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam menyediakan platform laman sesawang rasmi untuk masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat tentang peranan dan perkhidmatan yang disediakan.

Medium penyampaian maklumat seperti ini amat penting bagi memastikan lebih ramai masyarakat mengetahui dan memahami bidang tugas dan fungsi JAWI sekaligus menerima manfaat dari pelbagai inisiatif yang ditawarkan.

Pada era capaian maklumat di hujung jari, medium seperti ini adalah salah satu wahana terbaik untuk berkomunikasi secara dekat dengan segenap lapisan masyarakat.

Saya sering menekankan agar semua agensi agama yang berada di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperhebatkan medium penyaluran maklumat dan maklum balas pelanggan agar kualiti perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.

Usaha tersebut bukan sahaja membantu meningkatkan imej dan kepercayaan rakyat kepada pihak kerajaan, bahkan menyumbang kepada usaha untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera dan menghayati ajaran agama selaras dengan Pelan Transformasi Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) dan gagasan Malaysia Madani yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.

 

Sekian, terima kasih.

YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)