PUSAT PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM (PPKI) & PUSAT KHIDMAT SOSIAL (PKS)   

OBJEKTIF 

  1. Untuk memperkukuhkan peranan institusi kekeluargaan Islam bagi menghadapi alaf baru selaras dengan tuntutan agama. 
  2. Menyalurkan aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal kekeluargaan, keagamaan dan kemasyarakatan kepada masyarakat setempat 
  3.  Membantu menanggani masalah kepincangan institusi keluarga masa kini melalui sesi rundingcara dan menyalurkan masalah yang dihadapi kepada bahagian atau institusi yang berkaitan.  
 

AKTIVITI

1.   Menjalankan program Pusat Pembangunan Keluarga Islam mengikut modul–modul yang telah disediakan :- 
  • Seminar Pendidikan Kanak-Kanak
  • Seminar Kemahiran Keibubapaan 
  • Seminar Ibu Hamil 
  • Kursus Perkahwinan/kekeluargaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) 

 

 2.   Menjalankan perkhidmatan rundingcara / khidmat nasihat di 8 buah Pusat Khidmat Sosial yang ditempatkan di masjid terpilih di Wilayah Persekutuan iaitu:  

  • Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar
  • Masjid Al – Firdaus, Segambut Luar
  • Masjid Jamek Sungai Besi, Pekan Sungai Besi
  • Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi
  • Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak
  •  Masjid Ar - Rahimah, Kampung Pandan
  • Masjid Al – Akram, Kampung Datuk  Keramat
  • Surau Ar-Rahman, Persint 16, Putrajaya

 

 3.   Bentuk  perkhidmatan yang diberi  antaranya ialah :-           

  • Khidmat Nasihat Awam
  • Rundingcara Kekeluargaan
  • Bantuan dan rujukan kepada agensi yang berkaitan

 

 4.   Khidmat nasihat yang diberikan:- 

  • Masalah Rumahtangga
  • Masalah Kekeluargaan
  • Masalah Sosial ( Remaja )
  • Urusan Perkahwinan / Cerai / RujuK
  • Bimbingan/  Nasihat Agama
  • Bantuan dan Rujukan kepada Agensi-agensi yang berkaitan.