05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
  • HIJRAH MENUJU KEPADA ALLAH @ TAMAN MELATI

    WhatsApp Image 2018 10 10 at 7.43.14 PM

     

    Taman Melati, 10 Oktober 2018 (Rabu) - Jawatankuasa Kariah Masjid Salahuddin al Ayyubi telah menganjurkan Ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah 1440 yang bertempat di dewan solat utama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak, Kuala Lumpur.

    Ceramah yang bermula pada jam 8.00 malam ini telah dimeriahkan lagi oleh penceramah jemputan, Ybhg. Ustaz Roslan bin Mohamed (Mantan Pensyarah Kanan Univ. Malaya). Beliau telah membincangkan tajuk "Hijrah Menuju Kepada Allah". Seramai 200 anak jemaah telah hadir bersama-sama untuk menjayakan program ini. 

    Majlis berakhir 9.30 malam dengan solat isya secara berjemaah dan sedikit jamuan makan untuk penceramah dan jemaah yang hadir.

     

     

    WhatsApp Image 2018 10 10 at 8.45.21 PM    WhatsApp Image 2018 10 10 at 8.32.54 PM

    WhatsApp Image 2018 10 10 at 8.32.55 PM    WhatsApp Image 2018 10 10 at 8.32.53 PM
                

         

    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • FORUM PERDANA DHUHA @ TAMAN IBU KOTA

    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.44.08 AM

     

    11 Oktober 2018 ( Khamis) -Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI  dan TV Al-Hijrah telah mengadakan Forum Perdana Dhuha di Dewan Solat Utama, Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota. Forum Dhuha Perdana menampilkan panelis terkemuka iaitu Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman dan Ustazah Asni Mansor di moderator oleh Encik Noor Zawazi Bin Yusof ( Penyampai Berita Arab TV Al-Hijrah)

    Forum Dhuha Perdana yang berlangsung hampir dua jam bermula jam 10.00 pagi telah membincangkan tajuk Jom Hijrahdan telah menarik perhatian hampir 600 jemaah yang telah memenuhi ruang solat utama dan lobi masjid. Forum berakhir dengan sedikit jamuan makan yang disediakan oleh pihak jawatan kuasa masjid untuk penceramah dan tetamu yang hadir. Forum Dhuha Perdana juga boleh diikuti melalui https://www.facebook.com/433382016731616/videos/2160717387587870/




        

    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.41.08 AM    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.41.08 AM 1

    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.41.07 AM    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.41.06 AM 1
        



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • JAWI_PERKEMAS MODUL LATIHAN PENGURUSAN JENAZAH

    ali 1
     

    29 November 2018 | 21 Rabiul Awal 1440H (Khamis) - Alhamdulillah pada hari ini telah selesai Bengkel Modul Latihan Pengurusan Jenazah yang telah dijalankan selama dua (2) hari bermula 28 November 2018 (Rabu) bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Bengkel anjuran Unit Kebajikan Islam, Cawangan Tasawwur Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah ini dilaksanakan bertujuan untuk mengemaskini dan menambah baik modul latihan pengurusan jenazah yang digunapakai di dalam semua Kursus Pengurusan Jenazah.

    Sebagai makluman, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI melalui Unit Kebajikan Islam telah menerima permintaan yang tinggi saban tahun dari pelbagai pihak terutamanya institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan tidak ketinggalan syarikat-syarikat swasta untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah sekaligus menuntut agar modul latihan pengurusan jenazah ini disemak semula dan ditambah baik seiring dengan peredaran masaBengkel ini telah disertai oleh semua pegawai dan kakitangan Unit Kebajikan Islam diketuai oleh Tuan Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Tasawwur Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah. 

     

    videobpd videobpd1
    videobpd2 videobpd4
       

    Disediakan Oleh:
    Bahagian Pengurusan Dakwah
     

     

  • KEM_SMART TAHFIZ & SMART SOLAT DI MASJID Al-IMAM ASH-SHAFIE (MAIAS)

    smart1
     

    7 Disember 2018 / 29 Rabiul Awal 1440 ( Jumaat ) – Sempena cuti sekolah akhir tahun Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS) Taman Maluri dan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3 JAWI dengan kerjasama Pusat Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Pandan Prima telah mengadakan Majlis Penutup Kem Smart Tahfiz & Smart Solat 2018 di Dewan Sri Perkasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

    Kem ini  bermula pada 3 Disember 2018 - 7 Disember 2018 telah berjaya menarik minat anak-anak kariah Taman Maluri dan kawasan sekitar taman maluri yang berumur 9 tahun hingga 17 tahun.Seramai 110 orang peserta telah mendaftar untuk kem ini.

    Antara pengisian yang telah disediakan sepanjang program ini ialah memperkemaskan cara solat,dan juga teknik hafzan Al-Quran.Dengan ada program seperti ini dapat melahirkan modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

    Majlis Penutup Kem Smart Tahfiz + Solat Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri ini telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid).

    Hadir sama pada majlis tersebut,Tuan Haji Mohamad Nor bin Ibrahim (Pengerusi MAIAS), barisan Jawatankuasa,pegawai serta kakitangan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

     

    smart3 smart2
    samrt4 samrt5
       


    Disediakan Oleh:
    Bahagian Pengurusan Masjid
     

     

  • MAJLIS PERASMIAN KURSUS HAJI BERSIRI- MASJID AR RAHIMAH DESA PANDAN

     

    ali 1

     

    8 Disember 2018 (Ahad)– Masjid Ar Rahimah, Desa Pandan dengan kerjasama Pusat Zon 3, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Perasmian Kursus Haji Bersiri 1440 H pada 8 Disember 2018 bertempat di Anjung Kiri Masjid Ar Rahimah.

    Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Munir Bin Haji Md. Salleh, Timb. Pengarah Operasi, JAWI.

    Kursus ini akan berlangsung selama 15 siri, bermula pada 8 Disember 2018 dan dijangka akan tamat pada 9 Mac 2019. Seramai 123 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai kursus ini.

    Kursus Haji ini bakal memberi pendedahan awal kepada peserta bakal haji  mengenai ibadah haji sebelum ke Tanah Suci.

     

     

    ali 2 ali 3
    ali 4 ali 5
       


    Disediakan oleh:
     

    Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

    Pusat Zon 3, Bahagian Pengurusan Masjid

    JAWI

     

     

     

     
  • KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ (PPNCR) ORANG ISLAM WP TAHUN 2019 DAN PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN KEPADA PPNCR BAHARU

    2 OKTOBER 2019 – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Tahun 2019 dan Penyerahan Surat Pelantikan Kepada PPNCR Baharu di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

    Objektif program ini adalah untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian PNCR / PPNCR dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

    Dua diskusi telah diadakan dalam program ini iaitu “Diskusi Undang-Undang Berkaitan Isu-Isu NCR”, panelnya adalah YA Tuan Abdullah Zuhdee Bin Ab Halim dan YA Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor, kedua-dua panel penceramah ini adalah Hakim Mahkamah Rendah Syariah WPKL. Manakala, diskusi kedua bertajuk “Prosedur Dan Tatcara Kebenaran Nikah Wilayah Persekutuan – Kepentingan Dan Implikasi Pengabaiannya” diketuai oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zamir Bin Bahall, KKP BPPK JAWI dan dibarisi oleh beberapa orang PNCR WPKL dan Putrajaya.

    Semasa majlis perasmian program ini, surat lantikan kepada PPNCR baharu telah diserahkan oleh Tuan Haji Munir Bin Md Salleh, TPO JAWI. Pelantikan mereka seramai 13 orang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam sidang mesyuaratnya kali ke-147 bil. 2/2019 pada 30 Mei 2019 yang lalu dan telah diperkenankan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos 2019.

    Seramai 71 daripada 138 PPNCR WP (termasuk KL, Putrajaya dan Labuan) telah hadir ke program ini.

    Disediakan Oleh :

    Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Halaman 6 dari 6