05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

7.     Apakah tindakan Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan? 

Tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan ialah :- 

i.              Jika pengadu hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI KL dan memberikan maklumat / aduan, Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah ;

-       Mengubah aduan tersebut dalam bentuk bertulis dan aduan tersebut hendaklah di baca kepada pengadu; 

-       Pengadu diberi peluang untuk menambah, membetulkan atau meminda aduan tersebut; dan 

-       Jika ada pembetulan atau pindaan, ia hendaklah di buat pada masa itu pengadu hadir di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama dan pembetulan atau pindaan aduan tersebut akan di baca semula kepada pengadu.  Pengadu dan Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah menandatangani aduan / maklumat pada borang aduan tersebut. 

ii.             Jika aduan / maklumat diterima melalui telefon atau hotline penguatkuasaan, Pegawai Penguatkuasa Agama akan ; 

-       Mengubah aduan / maklumat itu dalam bentuk tulisan; 

-       Mencatatkan tarikh dan masa maklumat itu diterima dalam Borang 5 (Borang Aduan) dan; 

-       Menandatangani borang tersebut sebagai pemberi maklumat dan Borang tersebut akan ditandatangani oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama lain. 

iii.            Jika aduan / maklumat diterima secara lisan atau bertulis melalui sms, surat, email, faksimili, laporan polis atau seumpamanya maka Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah; 

-       mendapatkan maklumat diri pengadu / pemberi maklumat termasuk nombor telefon atau nombor yang boleh di hubungi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dan ; 

-       mendapatkan butir-butir berikut daripada pengadu; 

a)     alamat / lokasi kejadian atau tempat disyaki atau apa-apa petunjuk yang membolehkan lokasi itu dikenalpasti; 

b)     perihal aduan / maklumat 

c)     identiti orang yang disyaki (OYDS) 

d)     identiti orang lain yang berkenaan (jika ada); dan 

e)     apa-apa maklumat lain yang boleh menyokong aduan / maklumat berkenaan.  

iv.            Kesemua aduan / maklumat yang diterima sama ada secara lisan atau bertulis akan didaftarkan di dalam buku daftar maklumat dan akan diberikan nombor pendaftaran atau rujukan fail.  

8.     Siapakah yang diberi kuasa untuk menangkap pesalah Syariah selain daripada Pegawai Penguatkuasa Agama? 

i.              Hakim

ii.             Pegawai Polis

iii.            Pegawai Masjid seperti Imam, Bilal dan Naqib   

 

Seterus>>