05:47
Imsak
05:57
Subuh
07:09
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) merupakan sebuah bahagian yang baru diwujudkan oleh pihak JAWI. Sebelum ini, BPM merupakan sebuah unit dalam Bahagian Dakwah yang dikenali sebagai Unit Kariah. Selaras dengan perkembangan peranan dan fungsi Unit Kariah, pihak pengurusan JAWI telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Unit Kariah sebagai bahagian. Secara rasminya, BPM telah diluluskan penubuhannya berdasarkan kelulusan jawatan yang diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Disember 2007.

 

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan struktur organisasi yang berkesan dalam pentadbiran masjid dan surau
  2. Melahirkan masyarakat yang menghormati, menghayati dan menyintai masjid dan surau
  3. Melahirkan para pegawai dan kakitangan masjid dan surau yang terlatih dan bermaklumat
  4. Mempertingkatkan tahap kebersihan dan kecerian masjid dan surau

 

FUNGSI

  1. Menyelaras program-program pengimarahan dan takmir masjid dan surau.
  2. Menyelaras pengurusan tanah perkuburan islam.       
  3. Mengurus penyediaan dan penerbitan teks khutbah Jumaat dan khutbah multimedia.
  4. Menyelaras pelantikan dan pentauliahan Imam Ratib, Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.
  5. Menyelaras latihan kepada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.           
  6. Memproses pembayaran imbuhan dan elaun kepada Imam Ratib, Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid. 
  7. Memproses perlantikan dan pentauliahan Imam Ratib , Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.
  8. Menguruskan perasmian masjid  dan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke masjid.
  9. Menyelaras aktiviti pengagihan barangan keperluan melalui JAWI Food Bank kepada asnaf sekitar Wilayah Persekutuan.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID TERDIRI DARIPADA 4 CAWANGAN :

  • Cawangan Penyelarasan & Perancangan Kariah
  • Cawangan Khutbah & Latihan
  • Cawangan Pengimarahan & Takmir
  • Cawangan Masjid & Surau

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com