05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENGURUSAN MASJID SEBAGAI PUSAT TRANSIT MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA DI WILAYAH PERSEKUTUAN

WhatsApp Image 2021 03 31 at 8.33.59 AM

 

30 MAC 2021M|16 SYAABAN 1442H - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), telah  mengadakan Bengkel Pengurusan Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga di Wilayah Persekutuan pada 29 Mac 2021 bertempat di Dewan Seminar, Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bengkel telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan dihadiri oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM), Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), wakil-wakil bahagian JAWI, Ketua Imam Masjid Al-Ghufran serta agensi-agensi kerjasama seperti Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya dan Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tujuan bengkel diadakan adalah bagi penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) proses kemasukkan mangsa keganasan rumah tangga ke masjid-masjid terpilih di Wilayah Persekutuan. Pembentangan cadangan SOP telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPM, JAWI.

Diharapkan agar usaha ini menjadi titik tolak dalam merealisasikan masjid sebagai pusat transit sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga di samping mempelbagaikan fungsi dan peranan masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah bahkan lebih dari itu sumbangannya kepada ummah.

WhatsApp Image 2021 03 31 at 8.34.28 AM WhatsApp Image 2021 04 01 at 9.16.58 AM
WhatsApp Image 2021 04 01 at 9.17.36 AM WhatsApp Image 2021 04 01 at 9.17.19 AM

 

Disediakan Oleh: Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel