05:42
Imsak
05:52
Subuh
07:02
Syuruk
13:04
Zohor
16:27
Asar
19:02
Maghrib
20:16
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

20 NOV 2020 (JUMAAT) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Ziarah Rahmah Saudara Baru 2020 bagi menyantuni keluarga mualaf yang memerlukan bantuan keperluan harian dan sokongan kewangan berikutan terkesan dengan Pandemic Covid 19.
Berdasarkan aduan yang diterima, Cawangan ini yang terdiri daripada Ustazah Noor Azlina bt Mohd Azim @ Ejim, Ustazah Nor Aishah Binti Ahmad dan Ustaz Muhammad Hazmie bin Mohd Johari menziarahi tiga buah keluarga mualaf tersebut.
Hasil sesi ziarah mendapati, mualaf yang pertama iaitu Puan Nur Fatimah Eldyn binti Abdullah merupakan ibu tunggal yang telah berpisah dengan suami. Beliau mempunyai seorang anak berusia 7 tahun. Mualaf yang kedua iaitu Puan Saidah Susila binti Abdullah juga merupakan ibu tunggal yang telah kematian suami sejak 10 tahun yang lalu. Beliau mempunyai 3 orang anak. Beliau disahkan menghidap kanser tyroid dan menyebabkan beliau terpaksa berhenti kerja berikutan kesihatan yang tidak mengizinkan kerana kerap pengsan. Manakala mualaf ketiga iaitu Ibrahim bin Maikel, beliau kehilangan pekerjaan berikutan pandemic Covid 19. Isteri beliau juga menghidap sakit batu karang dan kini masih lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Cawangan Kebajikan Saudara Baru membawa sumbangan barangan keperluan harian untuk diserahkan kepada keluarga mualaf tersebut. Semoga dengan sedikit sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban yang dipikul.
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com