05:44
Imsak
05:54
Subuh
07:00
Syuruk
13:06
Zohor
16:16
Asar
19:08
Maghrib
20:17
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 
KEMBARA KASIH MUALLAF 2020
 
06 SEPTEMBER 2020M |18 MUHARRAM 1442H  (AHAD) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan program Kembara Kasih Muallaf di Kampung Kuala Boh, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang.
 
Majlis perasmian penutupan program disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 6 September 2020 (Ahad) jam 10.00 pagi.
Program yang berlangsung selama 2 hari tersebut dipenuhi dengan acara Sukaneka Mahabbah, Klinik Tahsin Al-Fatihah, Door To Door (ziarah ke rumah), Solat berjemaah/ Kuliah Maghrib Sempena Maal Hijrah, Persembahan Kebudayaan & Kesenian Islam, Cabutan Bertuah, dan Saringan Kesihatan.
 
  
   
 
Program ini adalah sebuah pendekatan penyampaian dakwah bil hal di samping memberi pendedahan kepada pelajar kelas pengajian Muallaf untuk bersama penduduk kampung dalam kalangan Orang Asli di kawasan pendalaman. Ia juga merupakan aktiviti khidmat komuniti dengan menghulurkan sumbangan dan bantuan serta menyantuni sesama muslim khususnya saudara baru serta golongan bukan muslim dalam menyebarluas dakwah dan
keindahan Islam di pelusuk alam.
 
  

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com