05:44
Imsak
05:54
Subuh
07:00
Syuruk
13:06
Zohor
16:16
Asar
19:08
Maghrib
20:17
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

RIADHUL ILMI : ISU-ISU SEMASA SIRI 2

28 OGOS 2020M | 9 MUHARAM 1442H (JUMAAT) - Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Surau As-Solihin dan Persatuan Penduduk Perumahan Polis Desa Tasik, Sg. Besi Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Program Riadhul Ilmi : Isu-Isu Semasa Siri 2 bertempat di Surau As-Solihin, Perumahan Polis Desa Tasik, Sg. Besi Kuala Lumpur.

Program ini dimulai dengan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Norhafizi bin Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dan diikuti dengan slot ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Wan Nasyrudin bin Wan Abdullah, Pesyarah Kanan, Pusat Kajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk “Pemakanan Sunnah : Halal Yang Berkat, Tayyiba Yang Sihat”.

  

Program Riadhul Ilmi ini dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah masjid dan surau-surau yang berhampiran. Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Dalam majlis ini juga turut diadakan penyampaian sumbangan bantuan barangan keperluan asas dapur kepada 40 orang asnaf.

  

Disediakan oleh:

Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam

Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com