05:55
Imsak
06:05
Subuh
07:12
Syuruk
13:20
Zohor
16:23
Asar
19:23
Maghrib
20:32
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

kontinjen 2020 1 

KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN BERLEPAS KE KOTA KINABALU, SABAH

13 FEBRUARI 2020M | 19 JAMADIL AKHIR 1441H (KHAMIS) - Kontinjen Wilayah Persekutuan telah berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah pada jam 10.20 pagi hari ini bagi menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H /2020M. Kontinjen ini terdiri daripada seorang Qari dan Qariah, 6 orang peserta hafazan yang mewakili setiap kategori hafazan, 2 orang guru pembimbing, 5 orang urus setia dan pengiring yang menjadikan keseluruhan jumlah kontinjen seramai 15 orang.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Munir bin Haji Md. Salleh, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang mewakili YBrs Pengarah JAWI di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . Turut hadir semasa majlis perlepasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) JAWI, Pn. Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah BPD, Pn. Sharidah binti Zainal Abidin, ibu bapa peserta dan sahabat handai.

Dalam ucapan beliau, Tuan Haji Munir bin Haji Md Salleh mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta dan menekankan supaya para peserta memberi persembahan yang terbaik semasa bertanding. Beliau juga mengingatkan para urus setia dan pengiring menjaga keselamatan dan kesihatan para peserta Wilayah Persekutuan.

Semoga Kontinjen Wilayah Persekutuan diberikan kejayaan yang cemerlang di edisi Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H /2020M yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Bersama-sama kita doakan keselamatan dan kesihatan kesemua ahli kontinjen. Aaminnn.

kontinjen 2020 3  kontinjen 2020 2

kontinjen 2020 4

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com